Sesi Taklimat Penerangan Pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU) di PEDi

29 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Disember 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah menyertai sesi taklimat secara maya mengenai pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU) di PEDi melalui aplikasi Microsoft Team. Taklimat ini bertujuan untuk membentangkan dan Pelan Operasi PADU oleh DOSM serta membentangkan pengurusan portal PADU oleh DOSM.

Dalam sesi taklimat ini, En. Wan Mohd Shahrulnizam yang merupakan salah seorang pegawai dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menerangkan mengenai objektif PADU, matlamat plan pelaksanaan, tadbir urus portal pengurusan di negeri dan PEDi, pelan komunikasi strategik PADU, peranan PEDi dalam pelaksanaan PADU dan saluran komunikasi rujukan bagi isu berkaitan PADU.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali